SESUATU PENGEMBARAAN BERMULA DENGAN SATU LANGKAH

Rabu, 3 Jun 2009

SELESAIKAN MASALAH INI

SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BERADA DALAM KERUGIAN

MAMAT MAHU MEMBELI SEPASANG KASUT BERHARGA RM97 TAPI TIADA DUIT..
MAMAT PINJAM DUIT IBU RM50 DAN ABANG RM50..
SKARANG MAMAT ADA RM100..

MAMAT BELI KASUT ITU DAN BAKI DUIT MAMAT SEKARANG ADA RM3..
MAMAT BERI PADA IBU RM1 DAN ABANG RM1..
SEKARANG HUTANG MAMAT DENGAN IBU RM49 DAN ABANG RM49..

MASALAHNYA RM49+RM49=RM98..

CAMPUR RM1 DALAM TANGAN MAMAT BARU RM99..

MANA LAGI RM1????

PERCINTAAN MENGIKUT BULAN

SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BERADA DALAM KERUGIAN

INI HANYALAH RAMALAN SEMATA-MATA, TAK DER KENA MENGENA SAMADA YG MASIH HIDUP ATAU YG DAH MENINGGAL....AMIN

Januari

• Mudah jatuh cinta.
• Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.
• Pandai mengambil hati pasangannya.
• Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
• Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
• Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.
• Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
• ramai kenalan, sedikit pemalu dan
• bersungguh-sungguh bila melakukan kerja

Februari

• Sukar untuk jatuh cinta .
• Amat hormat kepada pasangan.
• Amat suka memikat pasangan.
• Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
• Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
• Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu) .
• Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
• Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

Mac

• Mudah menawan hati pasangannya.
• Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
• Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
• Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
• Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
• Perasaan cemburu yang minima.
• Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
• Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
• Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.

April

• Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
• Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
• Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
• Sentiasa ingin diberi perhatian.
• Amat cemburu dalam perhubungan.
• Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
• Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
• Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
• Romantik dan terlalu romantik.
• Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
• Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

Mei

• Amat mudah jatuh cinta.
• Baik dan jujur dalam perhubungan.
• Pandai menarik hati pasangan.
• Perasaan cinta yang mendalam.
• Mudah untuk di pujuk.
• Mudah menerima cinta seseorang.
• Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
• Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
• Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
• Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
• Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
• Ambil berat dalam menjaga hubungan.

Jun

• Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
• Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
• Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
• Cerewet dalam hubungan.
• Selalu beremosi.
• Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
• Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
• Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
• Dahagakan pujian dari pasangan.

Julai

• Amat suka didampingi pasangan.
• Sukar dimengerti oleh pasangan.
• Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
• Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
• Amat menghargai kesetiaan pasangan.
• Mengambil berat dan mengasihi pasangan
• Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
• Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
• Suka merajuk dan dipujuk.
• Setia terhadap pasangan.
• Suka mendengar dan tidak suka membantah.
• Cemburu terhadap pasangan.
• Suka menilai dan menjaga perhubungan.

Ogos

• Pandai memujuk pasangan
• Suka memimpin pasangan.
• Romantik, Pengasih dan Penyayang.
• Kelam kabut dalam perhubungan.
• Sangat sensitif .
• Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.

September

• Bersopan dalam hubungan.
• bertolak ansur terhadap pasangan.
• Suka mengkritik pasangan.
• Sangat prihatin terhadap pasangan.
• Sangat sensitif dan emosi.
• Pandai memahami pasangan.
• Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
• Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
• Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
• Pandai menyimpan perasaan.
• Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.

Oktober

• Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
• Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
• Sopan terhadap pasangan.
• Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
• Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
• Emosi yang mudah terusik.
• Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
• Cemburu dan terlalu cemburu.
• Romantik
• Memahami pasangan.

November

• Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
• Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
• Agak degil dan kuat pendirian.
• Mudah ambil berat terhadap pasangan.
• Emosi yang mendalam.
• Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.

Disember

• Pemurah terhadap perhubungan
• Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
• Tergesa-gesa dalam perhubungan
• Suka didampingi oleh pasangan.
• Benci bila dikongkong.
• Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
• Suka mempengaruhi pasangan

3 DALAM 1 ( KURMA , KISMIS, MADU )

SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BERADA DALAM KERUGIAN

Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin.
Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak ????? Kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus dibuat, makanan manis2 yang lain dijauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".


Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang
berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".


Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahawa kismis
dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa".


3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah obat dari segala
penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".


Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat
menyenangi madu".


Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu
memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

WANITA PALING DICINTAI

SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BERADA DALAM KERUGIAN

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI : Kamu!!!

WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).

Kamu, tulang rusukku! Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.
Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya... Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar
dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati
masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.


LELAKI : Apa khabar?

WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI : Belum.

WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat....Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati...

Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai

ANTARA MIMPI NABI MUHAMMAD S.A.W

SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BERADA DALAM KERUGIAN

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat
itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh
KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat
ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut
ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka
menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA
sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah
pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cu ba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,
lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU
KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

PANDUAN AGAR HIDUP MENJADI TENANG

SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BERADA DALAM KERUGIAN

Baca kisah dibawah ini sebagai panduan agar hidup anda menjadi lebih aman, tenang dan bahagia.

Sekumpulan bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.
Luarannya berbeza, tapi isi dalamnya tetap sama

"Luarannya berbeza, tapi isi dalamnya tetap sama"

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: ”Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! “Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!”

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

* Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

* Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

* Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

* Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat

menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: “Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati?” Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: “Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.”

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.