SESUATU PENGEMBARAAN BERMULA DENGAN SATU LANGKAH

Rabu, 3 Jun 2009

PERCINTAAN MENGIKUT BULAN

SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BERADA DALAM KERUGIAN

INI HANYALAH RAMALAN SEMATA-MATA, TAK DER KENA MENGENA SAMADA YG MASIH HIDUP ATAU YG DAH MENINGGAL....AMIN

Januari

• Mudah jatuh cinta.
• Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.
• Pandai mengambil hati pasangannya.
• Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
• Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
• Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.
• Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
• ramai kenalan, sedikit pemalu dan
• bersungguh-sungguh bila melakukan kerja

Februari

• Sukar untuk jatuh cinta .
• Amat hormat kepada pasangan.
• Amat suka memikat pasangan.
• Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
• Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
• Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu) .
• Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
• Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

Mac

• Mudah menawan hati pasangannya.
• Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
• Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
• Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
• Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
• Perasaan cemburu yang minima.
• Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
• Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
• Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.

April

• Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
• Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
• Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
• Sentiasa ingin diberi perhatian.
• Amat cemburu dalam perhubungan.
• Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
• Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
• Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
• Romantik dan terlalu romantik.
• Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
• Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

Mei

• Amat mudah jatuh cinta.
• Baik dan jujur dalam perhubungan.
• Pandai menarik hati pasangan.
• Perasaan cinta yang mendalam.
• Mudah untuk di pujuk.
• Mudah menerima cinta seseorang.
• Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
• Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
• Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
• Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
• Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
• Ambil berat dalam menjaga hubungan.

Jun

• Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
• Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
• Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
• Cerewet dalam hubungan.
• Selalu beremosi.
• Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
• Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
• Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
• Dahagakan pujian dari pasangan.

Julai

• Amat suka didampingi pasangan.
• Sukar dimengerti oleh pasangan.
• Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
• Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
• Amat menghargai kesetiaan pasangan.
• Mengambil berat dan mengasihi pasangan
• Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
• Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
• Suka merajuk dan dipujuk.
• Setia terhadap pasangan.
• Suka mendengar dan tidak suka membantah.
• Cemburu terhadap pasangan.
• Suka menilai dan menjaga perhubungan.

Ogos

• Pandai memujuk pasangan
• Suka memimpin pasangan.
• Romantik, Pengasih dan Penyayang.
• Kelam kabut dalam perhubungan.
• Sangat sensitif .
• Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.

September

• Bersopan dalam hubungan.
• bertolak ansur terhadap pasangan.
• Suka mengkritik pasangan.
• Sangat prihatin terhadap pasangan.
• Sangat sensitif dan emosi.
• Pandai memahami pasangan.
• Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
• Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
• Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
• Pandai menyimpan perasaan.
• Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.

Oktober

• Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
• Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
• Sopan terhadap pasangan.
• Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
• Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
• Emosi yang mudah terusik.
• Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
• Cemburu dan terlalu cemburu.
• Romantik
• Memahami pasangan.

November

• Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
• Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
• Agak degil dan kuat pendirian.
• Mudah ambil berat terhadap pasangan.
• Emosi yang mendalam.
• Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.

Disember

• Pemurah terhadap perhubungan
• Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
• Tergesa-gesa dalam perhubungan
• Suka didampingi oleh pasangan.
• Benci bila dikongkong.
• Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
• Suka mempengaruhi pasangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan