SESUATU PENGEMBARAAN BERMULA DENGAN SATU LANGKAH

Isnin, 28 Disember 2009

JANGAN JADI SEORANG YANG EGO

MALAM TADI KAMU DAN KAWAN BAIKMU BERTENGKAR.

KAMU MEMBUAT KEPUTUSAN TAK MAHU BERCAKAP DGNNYA KEESOKAN HARINYA.

DIA SENYUM KEPADAMU.SEBALIKNYA KAMU MENGETAP GIGIMU KPDNYA.

DIA MENCERITAKAN PERKARA YG BAIK TENTANG KAMU KPD KWAN2NYA YG LAIN.

KAMU PULA MENYEBARKAN KHABAR ANGIN MENGENAINYA.

DIA CUBA MENDEKATIMU DAN MENEGURMU.

TAPI KAMU TOLAKNYA KE TEPI.

BAGINYA KAMU SEORG KAWAN YG TERBAIK.

KAMU PULA RASA DIA SEORG KAWAN YG PALING TERUK PERNAH KAMU JUMPA.

DIA PUN MENULIS NOTA KPDMU DAN MENCERITAKAN SEMULA KENANGAN MANIS YG
PERNAH KAMU DAN DIA KONGSI BERSAMA.

KAMU PULA MENULIS SEMUA SAAT BURUK YG KAMU INGAT SEPANJANG BERSAMANYA.

JAUH DI SUDUT HATIMU KAMU MENGASIHANINYA. TAPI DI HATIMU SUDAH PENUH
DGN
KEBENCIAN.

KEESOKAN HARINYA KAMU JUMPA SATU NOTA DRPDNYA:

DEAR_________,
SAYA CUBA MEMBERITAHU KAMU SEMLM TAPI KAMU TAK BERI PELUANG UTK SAYA
BERCAKAP. SAYA CUBA BERITAHU KAMU BERITA GEMBIRA TAPI KAMU TAKUT UTK
MENDENGARNYA.SAYA CUBA UTK SENYUM KPDMU TAPI KAMU SAMBUT SENYUMAN SAYA
DGN KEBENCIAN. SKRG NI KEADAAN SAYA SGT TERUK DAN MAKIN TERUK.

SAYA MINTA MAAF SBB HARI NI SAYA TAK DPT BERJUMPA DGN KAMU.
SAYA TULIS SURAT SEMASA SAYA DI HOSPITAL.SAYA SUDAH KESUNTUKAN MASA..
SAYA MINTA MAAF SBB TERPAKSA BERITAHU KAMU SKRG.
SAYA MINTA MAAF ATAS PERGADUHAN KITA,KAMU MMG SEORG KAWAN YG HEBAT.
SAYA JANJI SAYA AKAN SENTIASA MEMERHATIKAN KAMU.

SALAM KASIH SAYANG,

________________

KAMU PUN BERLARI KE HOSPITAL UTK MEMINTA MAAF PDNYA.

TAPI HANYA IBUNYA SAJE YG ADA DI SITU.

IBUNYA MENEKAP MUKANYA DGN KEDUA BELAH TGNNYA.

DAN DIA PUN MENANGIS.DIA MELUTUT DAN BERDOA SUPAYA TUHAN KEMBALIKAN
ANAKNYA.

KAMU SUDAH TERLAMBAT.
KAMU BERHARAP DPT BERITAHU KAWANMU YG KAMU MINTA MAAF DAN UCAPKAN
SELAMAT TINGGAL.

PENGAJARANNYA:

SEMUA KAWAN ADA MASA NAIK DAN TURUN.DAN KADANGKALA KAMU PERLU MEMINTA
MAAF.JGN TUNGGU ORG LAIN MELAKUKANNYA DULU.SBB KAMU TAKKAN TAHU APE
AKAN TERJADI ESOK HARI.

Tangan Yang Indah (Kepada Sesiapa Yang Masih Ada Ibu)

Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanyakerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidaksuka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orangyang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belahtersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita,dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya.Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewadi wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satubaju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kaliini saya ikut masuk danberdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibumencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya.Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radangsendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya,seketika ketidaksabaransaya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalikpergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelahsaya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untukmembantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir,tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan..

Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat beradadi dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedangberusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yangpernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluksaya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itutelah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya.Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya,lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunyabahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah didunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihatdengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuhpengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati sayaakan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban,segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapatmenandingi keindahan tangan Ibu...

PROFESION SEORANG GURU

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya
“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”
” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat Sunat
ii. Puasa Sunat
iii. Berzikir
iv. Bersedekah
v. Mengusap Rambut Anak Yatim
vi. Mendengar Cerita Kesusahan Orang Lain
vii. Membantu Orang Susah


Wassallam.

Rabu, 9 Disember 2009

SAHABAT

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah
yang kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang
ingin diluahkan.
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu
kekalutan..

Kita tidak tahu.
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat
sepertinya,mungkin kita akan tahu.