SESUATU PENGEMBARAAN BERMULA DENGAN SATU LANGKAH

Rabu, 27 Januari 2010

Pengacara TV Wanita Popular

Top-5 :

Cheryl Samad
Fara Fauzana
Nurul Syuhada
Raja Azura
Sarimah Ibrahim

Komen iklas :

Cheryl Samad : Kepetahan CS utk mengacara mmg xleh disangkal lagi...kerja keras nya selama menceburkan diri dlam bidang pengacaraan berbaloi utk berada dlam calon akhir...mmg sukar utk menang...

Fara Fauzana : Calon peberet utk menang...sukar utk menidakkan kemampuan FF dlam bidang pengacaraan...

Nurul Syuhada : Okey la tu Nurul leh msuk calon akhir....Nurul semestinya bersyukur kerna usahanya berbaloi utk msuk top-5....

Raja Azura : Kak Engku antra saingan utk FF....jgn sesekali mperkecilkan kemampuan senior...mungkin KE leh wat kejutan utk menang...

Sarimah Ibrahim : Kak Mah tercalon bab penangan AF...calon underdog...mungkin sukar juga utk menang....

Isnin, 25 Januari 2010

Pengacara TV Lelaki Popular

Top-5 :

AC Mizal
Ally Iskandar
Aznil Haji Nawawi
Faizal Ismail
Nabil

Komen iklas :

AC Mizal : Secara jujurnya, aku nie xminat AC....dan semestinya aku xkan undi AC...haha...Mungkin peminat undi AC utk top-5 coz rancangan AC Sempoi....

Ally Iskandar : Salah seorang pengacara yg berpelajaran dan bagi aku Ally is d bes (tp nie kategori popular)....walaupon sukar utk menang gelaran, tpi Ally masih boleh tersenyum bangga kerana byak peminat yg menyokong karier pengacaraannya....

Aznil Nawawi : Calon peberet aku...klau Aznil jer yg jadi pengacara, sure aku akan tgok gak crita tue...Aura Aznil mmg kuat...

Faizal Ismail : Calon yg akan mmberi tentangan kpd Aznil....

Nabil : Utk bakat pengacaraan, aku rsa Nabil belom layak lagi utk genggam trofi nie....Walaupon aku x nafikan bhawa Nabil punya rmai pengikut...

Jumaat, 22 Januari 2010

Pelakon TV Wanita Popular

Top-5 :

Fasha Sandha
Noorkhiriah
Rozita Che Wan
Scha Al-Yahya
Tiz Zaqyah

Komen iklas :

Fasha Sandha : Nama Fasha masih kuat dihati peminat walaupon byak kontroversi yg dicipta dr Fasha...rmai lagi yg sokong dia noooo....mungkin sukar utk Fasha kembali merampas trofi nie....

Noorkhiriah : Pelakon yg berbakat....semestinya calon yg kurang memberi persaingan utk kategori nie jika hendak dibandingkan dgn calon lain...Namun, Noor harus bertrima kasih kpd peminat nya yg mengundi utk disenaraikan dlam top-5

Rozita Che Wan : Klau ada VVIP yg sanggup bersengkang mata utk mengundi aktres nie, maybe Rozita mampu utk membawa balik trofi nie...namun, semua itu perlu melepasi tahap populariti "NurAmina"....

Scha Al-Yahya : Nama Scha akhir2 nie menjadi panas akibat perpisahan dgn Fahrin dan setiakawan dgn Linda Onn...Dr segi lakonan, Scha bukanlah yg terbaik....Andai peminat memilih Scha utk menang kategori nie, Scha harus berterima kasih bahawa masih ramai peminat yg sayang pd Scha....

Tiz Zaqyah : Calon utama utk menang anugrah nie...wlaupon masih baru, nama Tiz mmg meletop2 angkara lakonan mantap nya dlam NurKasih dan kerana kontroversi nya....namun Tiz mesti ingt, perjalanannya sbg seorang anak seni baru bermula...Tiz harus bijak merencanakan perjalanan kariernya supaya kesilapan yg lama tidak berulang...

Pelakon TV Lelaki Popular

Top-5 :

Aaron Aziz
Fahrin Ahmad
Fizz Fairuz
Fizo Omar
Remy Ishak

Komen iklas :

Aaron Aziz : Wajah Xklusif Astro nie sukar utk menang sbab lakonan dramanya byk disiarkan di Astro sjer...sukar utk genggam anugerah nie...

Fahrin Ahmad : Kontroversi mungkin membantu & menjatuhkan Fahrin utk memenangi kategori nie...ada peminat yg lali dgn kontroversi Fahrin...namun, tanggal 4 April bakal menentukan samada trofi kategori nie bakal menjadi milik Fahrin @ tidak....

Fizz Fairuz : Dgn pencalonan "Aidil" dlam kategori nie, sukar utk mna2 calon menghalang laluan Fizz utk ke pentas...mungkin makcik2 yg minat dgn lakonan "Aidil" akan membantu Fizz menggenggam anugerah nie....

Fizo Omar : Antara pelapis yg menyerlah, namun nama Fizo Omar belom cukup kebal utk memenangi anugerah nie...haha

Remy Ishak : Mungkin episod NurKasih bakal berulang dlam ABPBH2009 dimana "Aidil" akan memberi laluan utk "Adam" menggapai impian utk menjadi pelakon Tv lelaki popular....sama2 kita saksikan....

Pelakon Filem Wanita Popular

Top-5 :

Diana Danielle
Lisa Surihani
Liyana Jasmay
Maya Karin
Sharifah Amani

Komen iklas :

Diana Danielle : DD mampu utk memberi kejutan sbab 2009 tahun cemerlang utk DD...Mungkin perjalanan karier seni DD mampu membuatkan ramai peminat utk mengundi DD...siapa tahu kan???????????

Lisa Surihani : Pelakon yg hebat, namun tercalit kontroversi yg mengatakan Lisa nie sombong dgan peminat....harap2 itu x menjadi kudis utk Lisa menang kategori nie...

Liyana Jasmay : Klau utk terbaik, mayb LJ sudah sebelah kaki utk genggam anugerah...namun utk popular, LJ harus bersaing dgn rakan seperjuangan yg sama hebat dgn LJ...sukar utk LJ menang....

Maya Karin : Antara calon senior, Maya juga mampu merampas kembali anugerah ini...Namun, jgn perkecilkan sokongan peminat kpd bakat2 muda...

Sharifah Amani : Nama Amani trus tenggelam timbul...sukar utk nya menggenggam anugerah nie...andai rzeki berpihak kpdnya, siapa mampu utk menghalang....

Pelakon Filem Lelaki Popular

Top-5 :

Aaron Aziz
Afdlin Shauki
Farid Kamil
Que Haidar
Zul Huzaimy

Komen iklas :

Aaron Aziz : Pelakon yg versatile....byak filem lakonannnya ditayangkan pd 2009...mungkin rezeki pelakon kelahiran Singapura nie di Malaysia...Calon yg dpat membuat kejutan utk kategori nie....

Afdlin Shauki : Calon peberet utk kategori nie, namun jgn pertikaikan kemampuan anak muda utk menghalang Afdlin dr merampas anugerah nie...

Farid Kamil : Calon yg memberi saingan utk Afdlin dan Que...siapa mampu menidakkan andai trofi jatuh ke genggaman Farid????

Que Haidar : Calon utama utk Afdlin...mampukah Que menggenggam trofi utk tahun ke2 berturut2????

Zul Huzaimy : Mungkin filem Wayang mengangkat nma Zul utk berada dlam kelompok top-5...Calon underdog utk memenangi trofi...

Penyanyi Nasyid Popular

Top-5 :

Hijjaz
In-Team
Rabbani
Raihan
Saujana

Komen iklas :

Hijjaz : Kurang publisiti mbuatkan Hijjaz tenggelam timbul di persada seni...Namun perjuangan Hijjaz terhadap irama nsyid xpernah pudar...Syabas Hijjaz

In-Team : Berbekalkan produk album terbaru, nama In-Team terus terpahat sbg calon dlam kategori nie, walaupon sukar utk merampas gelaran dr Rabbani, smngat In-Team xpernah longlai di tengah jalan demi memartabatkan dakwah Islam terus tersebar...

Rabbani : Walaupon selepas pemergian Arwah Ustaz Asri, Rabbani masih mendpt publisiti yg meluas dr media...persembahan pentas juga membuatkan Rabbani terus dekat dihati peminat...

Raihan : Publisiti media tempatan terhadap Raihan yg kurang tidak mematahkan semngat Raihan utk mencari peluang di luar negara....nyata semangat itu berjaya membuat Raihan dikenali di negara luar....

Saujana : Mungkin rezeki utk Saujana mendpt tempat dlam top-5....entah dimana kumpulan nie agaknya...sudah lama menyepi, namun peminat masih mengingati Saujana...

Penyanyi Duo/ Kumpulan Popular

Top-5 :

Adam & Stacy
Bunkface
Hujan
Meet Uncle Hussain & Black
Sixth Sense

Komen iklas :

Adam & Stacy : Bergabung!!!!!meletup....itulah penangan Adam & Stacy...peluang yg cerah utk menang bab gabungan pminat yg undi utk diorg tentunya meletup gak kan???haha...

Bunkface : Calon yg akan beri saingan utk Adam & Stacy...mna tau kan Bunkface mampu beri revolusi baru utk ABPBH2009...2009 gak thun yg gemilang wat Bunkface....lagu band indie nie pon smua meletup...syabas Bunkface

Hujan : Sukar utk Hujan menang kategori nie sbab xrmai sgt fanatik Hujan...lagu2 Hujan pon xder la meletup sgt...tpi Hujan mampu wat kjutan utk kategori nie....

Meet Uncle Hussain & Black : Kolaborasi lagu Drama King mampu utk menarik MUH& Black sbg top-5...sukar utk MUH berdikari dan mdpat publisiti sejak Lan kluaq dr MUH...saingan yg terbuka utk MUH bagi merebut gelaran kategori nie...

6ixth Sense : SS kurang mdapat publisiti dr media....sukar utk SS memenangi gelaran nie wlaupon lagu dr kumpulan nie menjadi kegilaan ramai anak muda....Do d Best utk peminat SS....

Penyanyi Wanita Popular

Top-5 :

Jaclyn Victor
Mila
Siti Nurhaliza
Stacy
Yuna

Komen iklas :

Jaclyn Victor : Pilihan underdog utk merampas gelaran dr CT walaupon dh tau Jac pon xmampu nk gugat CT...haha...rasa2nya Jac penah tewaskan CT skali jer kot undian melalui peminat nie....

Mila : Calon suam2 kuku...Mila leh tercalon pon bab drama muzikal "Kau&Aku" kot...xpon bab single "Jika Kau Ubah Fikiran"...pkembangan seni Mila pon dh slow...susah laa nk menang...

Siti Nurhaliza : Skali lagi CT akan pertahankan gelaran utk kali ke-13 kot...perjalanan karier seni CT makin terbuka luas...rezeki melimpah ruah...mmg xleh nafikan kehebatan CT...CT calon utama utk menang kategori nie...BraVOOOOOOOOO CT

Stacy : Calon pilihan utk merampas gelaran dr CT....peminat Stacy kena undi byak2 klau nk tgok Stacy rmpas gelaran nie dr CT...mna tau kan kot ada kejutan nnti...haha

Yuna : Mmg tabik spring la kat Yuna nie...scara xsengaja dpat leh jdi artis, pastu dpat lak pecah tembok top-5...tpi masih baru utk Yuna bersaing dgan CT dan calon2 lain...Yuna juga mampu utk wat kejutan...mna tau kan?????

Penyanyi Lelaki Popular

Top-5 :

Adam
Akim
Aizat
Faizal Tahir
Mawi

Komen iklas :-

Adam : Sekadar penuhkan kuota jer, peluang Adam utk menang tipis bab dia skang kurang menonjol...perkembangan terbaru dr Adam mmg xder selain lagu duet "Menggegar Dunia" jer...

Akim : Cmner Akim leh tlepas msuk dlm Top-5????calon yg paling lemah dlam kategori nie...apa2 pon aku ucap tahniah bab bjaya dpat top-5...mna tau kan kot Akim leh menang (dlm mimpi leh la menang)...haha

Aizat : Calon yg kuat...klau dr segi publisiti, mmg Aizat layak menang kategori nie...perkembangan karier Aizat juga bjalan lancar...kisah percintaan pon kdg2 membantu utk sebuah kejayaan...haha

Faizal Tahir : Calon peberet aku maaa....aku yakin FT leh rampas gelaran nie dr sang juara SMS...Artis lelaki yg paling berbakat & menyerlah utk thun 2009...keadaan kesihatan FT juga mungkin leh bantu FT utk menang kategori nie...

Mawi : Pemegang takhta masih bertahan utk tercalon sbg Top-5....peminat Mawi kena berusaha lebih ckit utk pertahankan gelaran...ada lagi ka peminat Mawi nie????haha...karier nyanyian Mawi pon skang mmg perlahan...Mawi bukan lagi artis lubuk duit...dulu boley laaaa....

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2009

Seperti yg anda semua maklum, stiap tahun anugerah yg menobatkan pemenang yg dipilih oleh jari jemari rakyat Malaysia akan kembali lagi utk edisi 2009 akan diadakan pada 04 April 2010 (insyaAllah klau xder bencana apa yg berlaku....haha)

Mari kita teka sapa pemenang bagi setiap kategori....pembaca yg bertuah leh dpat adiah menarik...dgaq kata mmg hebat...kereta Nissan Grand Livina 1.6A...mahal tue....huhu

Nie ramalan aku naaaa...jgn sapa2 dok pertikaikan...masing2 ada kuasa utk membuat pilihan....haha....Jom ikuti perjalanan aku dlm ABPBH 2009....Jom kita susuri 1 per 1 kategori....

Rabu, 6 Januari 2010

10 CARA MEMBAHAGIAKAN IBU-BAPA

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan
kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada
kedudukan yang mulia.
Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk
metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa
yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap
ibu bapa.

1. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan.
Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia.
Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan
keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan
kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan
ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat
tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak
menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin
keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang
yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak
pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas
dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak
soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan
dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka
berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku
ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka
terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan
perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi
kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai
serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu
bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan
orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu
bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.


5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk
melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk
kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas
lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding
melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan
perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya
telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya
lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa
lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya
melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang
tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya.
Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak
terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia
ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan
ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari
kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya
Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.


7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah
bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan
membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak
menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang
tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua,
janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan
janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan
santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi
atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri
daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian
jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan
sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak
mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan
agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan,
dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa.
Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu
bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa
senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan
kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu
diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka
terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah
yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada
orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua
ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak
mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang
hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik
mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk.
Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat,
selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.
Lima perkara kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

1:Wajah yang cantik

2:Duit yang banyak

3:Kesihatan yang baik

4:Anak-anak yg Cerdik dan Berjaya macam kita

5:Tidur yang nyenyak tanpa gangguan

Senang jer untuk mendapatkannya
Hanya 15minit setiap hari.

Sabda Nabi SAW

1 ) Siapa yang tinggalkan solat SUBUH tiadalah padanya NUR DI WAJAHNYA

2 ) Siapa yang tinggalkan solat ZOHOR tiadalah padanya REZEKI YANG BERKAT

3 ) Siapa yang tinggalkan solat ASAR tiadalah padanya KEKUATAN FIZIKAL DAN MENTAL

4 ) Siapa yang tinggalkan solat MAGHRIB tiadalah padanya ANAK-ANAK YG BERMANFAAT

5 ) Siapa yang tinggalkan solat ISYAK tiadalah padanya TIDUR YANG NYENYAK

DARI RASULLULLAH SAW …. Sampaikan walau satu ayat

IKTIBAR DARI KISAH BENAR

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu
disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu
agak laju dengan sebuah kereta W aja yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu
perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak
kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi
jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat
sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi
kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah
kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat
hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi
berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus
meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil
dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan
dan terus memarahi Anak kecil tadi :

Kita selalu kasar... siapa kita ?
" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak
berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak
baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut..
Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ;

" Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut
saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak
ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut
yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh
dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada
orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.

Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan
anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan
meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat
dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive
muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut
menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju
ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan
kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah
kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja
tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak
perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan
seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan
perhatian .

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.


LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 15 - 20 MINIT UNTUK MENGETAHUI
APAKAH MESEJ YANG DISAMPAIKAN SEBELUM ANDA KATAKAN TIDAK
BERMINAT ATAUTIDAK PERCAYA. TETAPI ANDA JANGAN BUANG RISALAH
INI SEBALIKNYA BERIKAN KEPADA SAUDARA ISLAM KITA YANG LAIN
KERANA MEREKA MUNGKIN SANGAT MEMERLUKANNYA.

Sabtu, 2 Januari 2010

2009 PERGI, 2010 MENJELMA

ASSALAMUALAIKUM...

Masuk tahun baru nie, pastinya masing2 ada pasang azam baru kan??? tp aku nak tnya ckit, azam thun lepas nyer dh tercapai ke blom??? ke trus lupa azam thun lpas???

Camner ngan sambutan malam tahun baru???bes x??leh tgok bunga api "live" @ kat dpan tv jer???hehe....

Gpon byak operasi malam ambang tahun baru, kat area penang jer pon dh belambak....dh ler trafik jem, slow tol klau naik keta...huhu...

Tpi 1 yg bes, time kluaq rmai2 nie la msa utk mengeratkan silaturrahim antra kwan2....btoi x???