SESUATU PENGEMBARAAN BERMULA DENGAN SATU LANGKAH

Rabu, 29 Julai 2009

Anda Mahu Akaun Bank Di Handphone Anda?

Anda Mahu Join Generasi Baru E-Commerce atau E-Dagang?

Come On La! Mana Ada Masyarakat IT Kena Bazir Tenaga Utk Urusan-urusan Mudah! Banyak Lagi Benda Penting Dan Besar Kena Fikir. Kita Kan Dah Zaman Teknologi…

Ini bermakna anda boleh buat semua ini dengan hanya duduk di rumah dan tengok TV. Tanpa perlu pergi bank atau pejabat pos. Tak payah bawa kereta (Duit minyak kan dah mahal!). Di mana-mana sahaja yang ada rangkaian telefon. 24 jam sehari. Pukul 1 pagi pun boleh. Semua yang anda boleh buat dengan Mobile Money ialah:

1. Bayar semua bil-bil kerajaan dan seperti bil air, elektrik, cukai pintu DBKL, bil telefon rumah dan semua bil kerajaan.
2. Bayar segala jenis pinjaman yang melibatkan bank. Pinjaman rumah, kereta, motor, pinjaman peribadi dan koperasi.
3. Bayar segala macam bayaran yang melibatkan bank. Bayar ASTRO, bil kad kredit, bil telefon bimbit, bil internet.
4. Bayar duit kawan anda. Kalau dia ahli Mobile Money lagi senang. Tapi kalau bukan pun boleh juga. Senang, kan?
5. Beli segala jenis barang yang terdapat di dalam katalog kami. Semua barang dari keperluan perbadi sehinggalah barang-barang teknologi.
6. Beli top up prepaid handphone anda. Semua ada! Wah!
7. Tambah Nilai (Top Up) Dari Malaysia Ke Semua Rangkaian Telefon Mudah Alih Di Indonesia.
8. Beli top-up internet, streamyx atau jarring.
9. Beli insurans nyawa secara hujung jari.
10. Mendaftar kad kredit sekelip mata.
11. Transfer atau pindah duit ke akaun bank kawan anda, anak anda, isteri anda, kekasih atau sesiapa sahaja.
12. Transfer atau pindah duit ke akaun bank luar negara. Canggih!
13. Bayar barang yang anda beli di shopping complex tanpa perlu bawa duit. Tak payah pakai kad kredit pun!

Ingat, semua yang dinyatakan di atas itu adalah boleh dilakukan:

* 24 jam – pagi, petang, siang dan malam
* Di mana-mana yang ada rangkaian atau network handphone anda.
* Jimat masa dan kos.
* Cepat, mudah dan senang.

Apa yang perlu ada kalau mahu akaun bank virtual pada handphone anda seperti Mobile Money:

* Handphone anda.
* Network handphone anda.
* Anda lah!

Bagaimana mahu mendapatkan kemudahan sebegini? Bagaimana mahu menjadi ahli atau BDM (Buy Direct Manager)?

* Yuran sekali seumur hidup RM 100
* Bundle dengan RM 10 bagi pendaftaran Insurans Personal Accident (PA) yang berjumlah RM 50, 000 untuk perlindungan setahun.

Faedah-faedah yang anda dapat? Selain kemudahan di atas, anda akan mendapat:

1. Insurans PA yang berjumlah RM 50, 000 untuk perlindungan setahun.
2. Baucer atau barang bernilai RM 100 yang boleh anda tebus bila-bila masa sebab tak ada tempoh tamat atau expired.
3. Mata ganjaran seperti yang anda guna Bonuslink setiapkali urusan dan semua urusan yang melibatkan akaun Mobile Money. Tetapi Bonuslink anda bukan duduk di rumah seperti Mobile Money ok! Tak semudah kami!
4. Mata ganjaran yang dikumpul, boleh ditukar dengan wang tunai atau cash yang anda boleh pindahkan ke akaun bank anda atau sesiapa. Hah? Hebatnya!
5. Anda jimat segala-gala. Kos, masa dan tenaga. Senang, cepat dan mudah!
Bantuan operator 24jam dan sepantas kilat.
6. Semua urusan selesai di dalam 1-5 minit sahaja.
7. Semua urusan mempunyai bukti atau resit yang dipanggil E-Receipt iaitu SMS dari Mobile Money atau salinan E-Receipt dari laman web Mobile Money.

Ada bonus tak? Takkan tak ada extra kot? Lain-lain kelebihan?

* Anda rajin? Jual la top up yang anda boleh beli dengan Mobile Money. Anda jual pada harga biasa, tapi untung anda dapat pada RM 0.30 ke atas untuk setiap jualan top-up. Duit tu masuk ke akaun Mobile Money anda. Nanti kumpul, tukarlah cash!
* Kalau top up Indonesia, paling lekeh pun anda akan untung RM 1.30 dan ke atas untuk semua jenis top up!
* Nak lagi untung? Jadi je kaunter pembayaran bil, pinjaman atau apa-apa kaunter bergerak untuk rakan-rakan anda. Kenakan caj pada mereka. Takkan lah caj RM 1 atau RM 2 pun kawan-kawan nak berkira? Iyalah, mereka tak perlu bergerak pun! Untung, kan?
* Nak lagi untung? Jual la barang-barang dalam katalog kami. Dapatlah duit lebih. Semua barang-barang menarik. Tapi kalau tak jual pun, tak apa. Tak jejas pun.
* Dah terlebih rajin ke? Hah, cari ahli di bawah anda pula. Setiap ahli baru didaftarkan di bawah anda, anda dapat RM 30. Wah?
* Lepas tu, jadilah penyokong orang-orang di bawah anda. Kalau mereka cari ahli di bawah mereka, anda akan dapat RM 10. Sampailah generasi ke-4 barulah anda dapat RM 5. Kadang-kadang anda tak tahu apa-apa. Tup-tup duit masuk. Amboi!
* Dan yang best, apa saja urusan yang dilakukan oleh anak-anak buah anda atau kroni-kroni anda tu, walaupun anda tak tahu, asalkan melibatkan pembayaran melalui Mobile Money, anda akan dapat mata ganjaran seperti mereka yang melakukan urusan tersebut. Wah wah wah, goyang kaki pun duit masyuk!
* Kalau anda jenis terlebih rajin, sebulan dapat 5 ahli, anda akan dapat RM 30 setiap seorang. Jadi RM 150. Dan extra bonus RM 100++. Wah!!!!!

RM 110 mahal la. Tak ada duit. Lain-lain keahlian tak ada ke? Yang murah-murah sikit.

Anda kurang duit nak daftar RM 110 atau sayang sangat duit tu? Jadi je ahli utk TUC atau BDC.

Apa itu TUC?

1. Top up Customer. Anda boleh beli top-up dengan handphone saja. Tapi hanya top up jela. Alah, boleh jual kat orang juga kan? Untungpun sama je utk top up ni.
2. Cuma, anda tak boleh cari ahli di bawah anda. Dan tak ada insurans perlindungan RM 50, 000 tu. Rugi wo! Kan dah cakap, top up je!
3. Yuran keahlian seumur hidup? Murah sangat-sangat – RM 10.

Apa itu BDC?

1. Buy Direct Customer. Anda boleh beli semua barang dari katalog dan jual pada orang. Untung sama je yang ni anda dapat.
2. Semua kemudahan dan faedah sama dengan BDM.
3. Boleh jual top up macam TUC.
4. Cuma anda tak boleh cari ahli. Itu yang anda rugi.

Boleh percaya ke Mobile Money?

1. Didaftarkan di bawah Bank Negara Malaysia sebagai Skim Kewangan Terbesar atau Large Scheme Money yang sah. Sila rujuk laman web Bank Negara Malaysia www.bnm.gov.my
2. Disahkan Bank Negara Malaysia dengan modal sokongan lebih dari RM 20 juta.
3. Bekerjasama dengan bank-bank kukuh seperti Maybank, CIMB dan Hong Leong Bank.Cuba check di machine ATM Maybank di bahagian lain-lain urusan. Atau tanyakan pada kerani kaunter CIMB dan Hong Leong Bank.
4. Berurusan dengan hampir kesemua bank yang sah di Malaysia. Bukan bank ceti atau along ye!
5. Pendaftaran keahlian selesai di dalam 1-5 minit dan anda menerima pengesahan dari Mobile Money (bukan kami atau agen-agen Mobile Money) sendiri di telefon bimbit anda.
6. Semua urusan mempunyai sejarah transaksi atau urusan. Boleh diperiksa melalui setiap SMS yang dihantar dari Mobile Money kepada anda sendiri atau check je di laman web Mobile Money. Ini dipanggil E-Receipt.
7. Ha? Kawan anda ahli Mobile Money juga? Anda nak daftar bawah dia?
8. Tunggu dulu la! Apa anda dapat kalau anda daftar di bawah kami?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan