SESUATU PENGEMBARAAN BERMULA DENGAN SATU LANGKAH

Jumaat, 28 Ogos 2009

Untukmu Sahabatku ( Norma Yanti Bt. Ismail )

Sahabatku,
Aku bertuah kerna dapat mengenalimu,
Bukan mudah untuk aku mencari sahabat,
Sahabat yang sentiasa dekat dihatiku....

Sejak kali pertama bertemu,
Aku menjadi diriku,
Kau menjadi dirimu,
Setelah lama kukenali,
Kau berjaya menjadi diriku,
Lagakmu jua seperti diriku,
Yang selalu teman lain bicara,
"Lagakku tak sebagaimana usiaku"....

Sahabatku,
Mula ku kenalimu,
Aku anggapmu seorang yang sombong,
Seorang sahabat yang tidak mempedulikanku,
Kini kusedari,
Segala kisah silam dan kegembiraan,
Dapatku kongsi padamu,
Kau jua mampu berkongsi denganku,
Pandangan, pendapat, luahan perasaan,
Hanya kita mampu untuk laluinya....

Sukarnya ku mencari seorang sahabat yang setia,
Bila kau mula marah padaku,
Aku mula kebingungan,
Dihati kecilku bertanya,
Mampukah ku mencari sahabat yang ikhlas berkawan denganku???

Untuk kesekian kali,
Kau mula mengigatiku,
Kau mula menghubungiku,
Waktu itu jua aku berasa diriku sentiasa dimindamu,
Terima kasih sahabat....

Sahabatku,
Sakitmu tak tertanggung lagi,
Padaku jua tempat engkau mengadu,
Yang mampu kutadahkan telingaku,
Bila kau berbicara tentang sakitmu....

Hari ini, ( 28 Ogos 2009 )
Jam didinding kamarku berputar ke arah angka 6,
Tiba-tiba kuterima panggilan darimu,
Namun ku tak jawab,
Ku sangka kau bisa bersandiwara denganku,
Dalam hatiku terdetik,
Mungkin dirimu ingin memberitahu sesuatu,
Dan kutangguhkan impianku....

Sahabatku,
Hujan pagi Jumaat,
Memberi rahmat pada semua orang,
Namun tidak padamu,
Kuterima panggilan dari kakakmu,
Bicaranya lagak seperti kesedihan,
Dan dimaklumkan padaku,
Kini engkau terlantar sakit di kamar ICU,

Bagai dentuman guruh menyambar dihatiku,
Mendengar bicaranya,
Tak ku sangka,
Diammu memberi kejutan padaku,

Saat ini,
Hanya doa mampu ku panjatkan,
Agar dikau mampu memberi senyuman padaku semula,
Dan kekadang,
Titis jua air mataku,
Bila mengenangkanmu,
Mengenangkan pahit manis kita bersama,
Walau hanya untuk sementara....

Ya Allah,
Aku pohon pada-Mu,
Janganlah Engkau menjemputnya kembali kesisi-Mu,
Mungkin bukan untuk kali ini,
Berikanlah kekuatan dan ketabahan kepada keluarganya,
Agar mampu mengharungi dugaan Engkau ini,
Amin...

Sahabatku,
Sampai waktu,
Akan ku ziarahimu,
Akan ku doakanmu selalu,
Engkaulah satu dalam sejuta padaku,
Engkaulah insan bernama Norma Yanti Bt. Ismail....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan