SESUATU PENGEMBARAAN BERMULA DENGAN SATU LANGKAH

Khamis, 16 Julai 2009

PERHATIAN : Dompet Dengan Gambar Bayi Mudah Untuk Dipulangkan

BEG duit atau dompet yang mempunyai gambar bayi didalamnya mempunyai peluang untuk dikembalikan oleh orang yang menjumpainya, menurut kajian saintis.

Dalam kajian itu, pengkaji telah menggunakan 240 buah dompet yang kemudiannya diletakkan di jalan Edinburgh, United Kingdom tahun lepas untuk melihat dompet mana yang akan dikembalikan.

Sesetengah dompet diisi dengan gambar bayi, keluarga dan potret orang tua. Terdapat juga dompet yang menyatakan bahawa pemiliknya pernah membuat derma kebajikan dan sebagainya.

Professor Richard Wiseman, ahli psikologi yang mengetuai kajian itu menyatakan 42 peratus daripada dompet itu dipulangkan ke alamat yang tertera didalamnya.

Apa yang menarik ialah dompet dengan gambar bayi yang paling banyak dipulangkan oleh orang yang menjumpainya dengan 88 peratus daripadanya dipulangkan dan sebanyak 48 peratus dompet dengan gambar keluarga dipulangkan dan hanya 28 peratus dompet dengan foto orang tua yang dikembalikan.

JADI UNTUK SEMUA PEMILIK DOMPET, JANGAN LUPA TAROH GAMBAQ ANAK KORANG YER.....
YANG MANA XDER ANAK G, TAROH JER GAMBAQ ANAK BUAH KORANG KER.....

2 ulasan:

  1. kalau taruk gambar anak tekek atau anak ayam barangkali ade orang nk pulangkan ke??? insan keliru

    BalasPadam
  2. klau tarok gambar anak ayam, mesti la diorang pulangkan kat ibu ayam maaaa.....

    BalasPadam